Bachelor of Science (Biology), National
Synopsis
STAB2213 Entomology
Insect is the most dominant animal group live on earth. This course will discuss the basic characteristics of insects, which include the morphology and life system of insects. The diversity of insect will be appreciated through its classification that takes into account the special characters of each group. The laboratory classes will gives the opportunity to students to learn how to identify certain species from each group or category. Field works on the other hand will help students to further understand insects’ habitat and how they live in there beside fulfilling the course requirement to each student to collect and identify insect specimens systematically.
STAB2213 Entomologi
Serangga merupakan satu kumpulan haiwan yang dominan di muka bumi. Kursus ini akan membincangkan ciri asas serangga yang meliputi aspek morfologi dan sistem hayat. Kepelbagaian serangga akan dihayati melalui pengelasan yang membincangkan
ciri-ciri khas daripada masing-masing kategori dalam pengelasan. Kelas amali memberi peluang kepada pelajar-pelajar mencerap beberapa contoh wakil daripada masing-masing kategori. Kerjalapangan harian membantu pelajar memahami habitat dan cara hidup serangga, di samping tugas pengumpulan spesimen serangga.
References:
Borror, D.J., Delong,
Chapman, R.F. 1982. The insects: structure and function. 3rd Edition.
Mohd. Salleh Mohd. Said. 1990. Pengumpulan, pengawetan dan pengelasan serangga.
Mohd. Salleh Mohd. Said. 1992. Serangga dan manusia.
Romoser, W.J. 1973. The science of entomology.
Synopsis
Master Science of Entomology, National University of Malaysia
(UKM,Bangi)
Kursus ini bertujuan memberi latar belakang dan teknik untuk menjalankan suatu penyelidikan. Prinsip penyelidikan: falsafah penyelidikan, pemikiran kritikal dan etika penyelidikan. Peranan penyelidik. Pengurusan penyelidikan: pengurusan masa dan perancangan penyelidikan. Peraturan dan perundangan: keselamatan, harta intelek. Pencarian maklumat. Reka bentuk eksperimen dan analisis data. Penyampaian hasil penyelidikan: penulisan kertas ilmiah dan tesis, penyebaran penyelidikan menerusi seminar, poster dan halaman sesawang. Perbincangan berkumpulan. Kaedah penyelidikan khusus dalam bidang masing-masing
References:
Day, R.A., 1998. How to Write & Publish a Scientific Paper. Ed. Ke-5.
Ismail Ahmad. 1996. Penulisan Saintifik.
Palya, W.L. 2000. Research Methods Lecture Notes. Ed. Ke-5.
Kursus ini akan memberikan asas dan kemahiran penilaian kepelbagaian biologi pada peringkat genetik, spesies dan ekosistem. Konsep parameter kepelbagaian biologi akan dibincangkan. Penilaian kepelbagaian genetik melibatkan perbincangan isu-isu kepentingan kepelbagaian genetik di dalam pemuliharaan dan kaedah penilaian menggunakan teknik termaju seperti eletroforesis isoenzim dan DNA. Penilaian kepelbagaian spesies dibuat dengan memperkenalkan indeks-indeks kepelbagaian yang selalu digunakan dan kelemahan dan kebaikan sesuatu indeks. Kepelbagaian ekosistem dibincangkan kaedah-kaedah terkini seperti GIS dan RS akan didedahkan kepada pelajar.
Alaric-Sample, V. (pnyt.). 1994. Remote sensing and GIS in ecosystem management
Hoft, M., Barik, S.K. & Lykke, A.M. 1999. Qualitative ethnobotany: Applications of multivariate and statistical analyses in ethnobotany.
Jongman, R.H.G., ter Braak, C.J.F. & van Tongeren, O.F.R. 1995. Data Analysis in Community and Landscape Ecology.
Krebs, C.J. 1999. Ecological Methodology, Ed. Ke-2.
Morain, S. (pnyt.). 1998. GIS solutions in natural resource management
STAB6613 Sistematik Serangga
Kursus ini bermula dengan pengenalan ‘sistematik’, sejarah perkembangan dan aktiviti sistematik termasuk sistematik serangga tempatan. Pelajar akan didedahkan kepada usaha meningkatkan pengetahuan taksonomi seperti mempelajari prinsip-prinsip dalam sistematik yang melibatkan pengelompokan, pengelasan dan tatanama mengikut Kod Antarabangsa Tatanama Zoologi (ICZN). Pelajar juga didedahkan dengan bidang-bidang yang berkaitan seperti evolusi, ekologi, etologi, biogeografi dan sebagainya. Dalam menghayati aktiviti sistematik, tiga aspek utama akan diberikan penekanan iaitu ciri morfologi, reproduktif dan molekul (DNA). Pengenalan dan penggunaan perisian seperti PAUP untuk membina suatu filogeni turut diaplikasikan. Latihan penulisan manuskrip taksonomi dan pembinaan filogeni suatu kumpulan serangga terpilih merupakan tugasan dalam kursus ini.
Borror, D.J.,
Mayr, E. & P.D. Ashlock. 1991. Principles of Systematics Zoology, Ed. ke-2.
Romoser, W.S. & Stoffolano, J.G. 1998. The Science of Entomology.
Swofford. D.L. 1991. PAUP: Phylogenetic Analysis Using Parsimony. Version 3.1.
Wiley, E.O. 1981. Phylogenetics: the theory and practice of phylogenetic systematics.
STAB6623 Ekologi Serangga
Kursus ini membincangkan tabiat dan peranan serangga dalam perspektif ekologi. Aspek-aspek ekologi serangga yang meliputi pertumbuhan, kemandirian, pembiakan, peranan perumah, faktor biotik dan abiotik, adaptasi, variasi genetik, sistem hidup dan pola taburan dilihat secara lazim dan juga dalam perspektif gunaan mutakhir. Konsep serangga dalam ekosistem, kepelbagaian dan struktur trofik, peranan sebagai pengurai, pendebunga, vektor serta dinamik dan kawal-atur populasi serangga juga dibincangkan. Aspek kepelbagaian dan pemuliharaan juga akan dibincangkan dengan memberi contoh kepada serangga yang bernilai tinggi dari sudut ekologi, ekonomi, perubatan dan aestetika termasuk spesies-spesies yang dilindungi.
Huffaker, C.L. & Gutierrez, A.P. 1999. Ecological Entomology. Ed. Ke-2.
Price, P.W. 1997. Insect Ecology. Ed. Ke-3.
Samways, M.J. 1994. Insect Conservation Biology.
Showalter, T.D. 2000. Insect ecology: an ecosystems approach.
Speight, M.R. & Wylie, F.R.. 2001. Insect pests in Tropical Forestry.
STAB6632 Morfologi dan Anatomi Serangga
Kursus ini membincang berbagai struktur luar dan dalam tubuh serangga serta fungsinya dari segi morfologi, anatomi, histologi dan fisiologi. Penekanan diberikan kepada yang menjadi asas dalam taksonomi dan fisiologi.serangga. Kaitan antara stuktur tubuh dengan fungsinya juga dihuraikan bagi menerangkan keupayaan serangga bermandiri dan beradaptasi di berbagai habitat sehingga serangga berjaya menjadi kelompok haiwan yang paling berbagai dalam kelompok haiwan. Perbincangan bukan sahaja tertumpu kepada fungsi struktur fizikal tetapi mencakupi fungsi bahan kimia serangga yang berkaitan dengan kejayaan mengawan, membiak, berkomunikasi dan pertahanan diri. Aspek fungsian merangkumi berbagai aspek, termasuklah biologi, lakuan serta ekologi serangga.
References:
Chapman, R.F. 1999. The insects: Structure and Function. Ed. ke-4.
Snodgrass, R.E. 1993. Principles of Insect Morphology.
Gordh, G. & Headrick, D.H. 2000. A Dictionary of Entomology.
McGavin, G.C. 2001. Essential Entomology: Order by Order Introduction.
Gullan, P.J. & Cranston, P.S.. 1999. The insects: An outline of entomology.
Kursus ini akan membincangkan prinsip-prinsip pengurusan serangga perosak secara bersepadu (PPB). Komponen-komponen penting dalam mempastikan kejayaan PPB seperti asas biologi, ekologi dan kelakuan serangga perosak, faktor-faktor abiotik dan biotik, jenis kerosakan, tahap kerosakan ekonomi, pemantauan, pensampelan, strategi dan taktik pengawalan yang lebih mesra alam terutamanya menggunakan agen-agen kawalan biologi (pemangsa, parasitoid, pathogen dan racun mikrobila) akan dibincangkan. Konsep pengurusan secara talian terus dan pembangunan model, melaksana, menganalisis program PPB dalam suasana sosial, politik, persekitaran dan faktor ekonomi yang terbatas. Perbincangan juga akan menyentuh perundangan tentang pembikinan, penggunaan dan penjualan racun perosak serta aspek-aspek kuarantin serangga. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada sumbangan teknik-teknik bioteknologi kepada kemajuan PPB. Di akhir kursus pelajar-pelajar dikehendaki membangunkan sistem pengurusan secara bersepadu untuk tiga spesies serangga perosak utama yang terkini.
Croft, B. A. 1990. Arthropod Biological Control Agents and Pesticides.
Dent, D. 2000. Insect
Marshall, G. & Walters, D. 1994. Molecular Biology in Crop Protection.
Olkowski, W., Daar, S. & Olkowski, H. 1993. Common-Sense
Tanada, Y. & Kaya, H. K. 1993. Insect Pathology.
STAB 6653 Fisiologi Serangga
Kursus ini akan membincangkan jasad lemak dan metabolismenya, pemakanan, respirasi, sistem edaran darah, kejadian elektrik dalam sel serangga, otot dan pergerakan, perkumuhan (garam dan keseimbangan air), sistem-sistem deria, sistem endokrin dan hormon, sistem endokrin dan perkembangan, intergumen, bersalit kulit, sistem pembiakan, sistem eksokrin, dan fungsi fisiologi koordinasi (struktur otak dan integrasi). Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada pengetahuan dalam aspek-aspek molekul pembentukan kuning telor, pembentukan kitin, kerintangan serangga terhadap racun kimia dan juga mikrobial. Di akhir kursus pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan satu kertas kerja yang bertajuk berkaitan dengan bidang fisiologi serangga.
References:
Blum, M. S. 1985. Fundamentals of Insect Physiology.
Kerkut, G.A. & Gilbert, L. I. 1985. Comprehensive Insect Physiology, Biochemistry and Pharmacology, Vol. 1 – 12.
Marshall, G. & Walters, D. 1994. Molecular Biology in Crop Protection.
Nation, J. L. 2002. Insect Physiology and Biochemistry.
Roush, R. T & Tabashnik, B. E. 1994. Pesticide Resistance in Arthropods.
STAB6663 Entomologi Perubatan dan Bandar
Kursus ini akan membincangkan aspek pengenalan dan pengelasan semua serangga yang mempunyai berkepentingan kesihatan (manusia dan haiwan domestik serta ternakan), penyebab kerosakan struktur bangunan, dan juga serangga perosak makanan, bahan simpanan dan lain-lain hartabenda. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada aspek-aspek biologi, ekologi dan kelakuan, dan juga pendekatan pengawalan yang terkini (pengurusan secara bersepadu) terutamanya dengan menggunakan kaedah-kaedah atau startegi yang lebih mesra alam, mudah, murah dan diterima ramai. Di samping itu aspek perundangan dan dampak kaedah pengawalan dari segi ekonomi dan politik juga akan disentuh. Penumpuan yang lebih akan diberikan kepada serangga-serangga seperti nyamuk, lalat (termasuk juga Drosphila melanagaster), lipas, anai-anai, kutu, pijat dan pinjal. Lawatan-lawatan ke Pusat-pusat atau Institut Penyelidikan yang berkaitan akan dibuat bagi memberi peluang pelajar mengaitkan apa yang dipelajari dengan apa yang sedang dan akan dilakukan terhadap beberapa serangga berkepentingan kesihatan (perubatan) dan perosak struktur bangunan dan barangan di tempat kediaman/simpanan. Di akhir kursus setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu kertas kerja yang bertajuk (pilihan bebas) berkaitan dengan mana-mana serangga yang dibincangkan di dalam kursus ini.
References:
Eldridge, B. F. & Edman, J. D. 2000. Medical Entomology: a textbook on public health and veterinary problems caused by arthropods.
Mike, W. 2000. Medical Entomology for Students Service. Ed. Ke-2.
Maramorosch, K. & Mahmood, F. 1999. Maintenance of Human, Animal, and Plant Pathogen Vectors.
Olkowski, W., Daar, S. & Olkowski, H. 1993. Common-Sense
Walter, E. 1975. Urban Entomology.
Kursus ini bertujuan melatih pelajar mengkaji satu bidang tertentu dalam mana-mana bidang entomologi yang diminati menerusi pembacaan dan kajian sendiri secara terarah. Pelajar dikehendaki menyediakan laporan imbauan tajuk penyelidikan yang dipilih, dan menyediakan satu cadangan penyelidikan untuk dijalankan dalam kursus STAP6986 Projek Penyelidikan II.
Pelajar mendapat pengalaman menjalankan penyelidikan ke atas satu tajuk yang diminati, di bawah bimbingan seorang pensyarah atau kumpulan penyelia. Penyelidikan dapat dijalankan secara eksperimen atau kerjalapangan. Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan ilmiah mengenai hasil penyelidikan itu dan mempertahankannya secara lisan. Penilaian bagi projek penyelidikan bergantung kepada bidang pengkhususan.
No comments:
Post a Comment