Tuesday, March 18, 2008

Syllabus of Entomology in National University of Malaysia, UKM

Bachelor of Science (Biology), National University of Malaysia (UKM)

Synopsis

STAB2213 Entomology

Insect is the most dominant animal group live on earth. This course will discuss the basic characteristics of insects, which include the morphology and life system of insects. The diversity of insect will be appreciated through its classification that takes into account the special characters of each group. The laboratory classes will gives the opportunity to students to learn how to identify certain species from each group or category. Field works on the other hand will help students to further understand insects’ habitat and how they live in there beside fulfilling the course requirement to each student to collect and identify insect specimens systematically.

STAB2213 Entomologi

Serangga merupakan satu kumpulan haiwan yang dominan di muka bumi. Kursus ini akan membincangkan ciri asas serangga yang meliputi aspek morfologi dan sistem hayat. Kepelbagaian serangga akan dihayati melalui pengelasan yang membincangkan

ciri-ciri khas daripada masing-masing kategori dalam pengelasan. Kelas amali memberi peluang kepada pelajar-pelajar mencerap beberapa contoh wakil daripada masing-masing kategori. Kerjalapangan harian membantu pelajar memahami habitat dan cara hidup serangga, di samping tugas pengumpulan spesimen serangga.

References:

Borror, D.J., Delong, D.M & Triplehorn, C.A. 1981. An introduction to the study of insects. 5th Edition. New York: Saunders College Publishing.

Chapman, R.F. 1982. The insects: structure and function. 3rd Edition. Cambridge: Harvard University Press.

Mohd. Salleh Mohd. Said. 1990. Pengumpulan, pengawetan dan pengelasan serangga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Mohd. Said. 1992. Serangga dan manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Romoser, W.J. 1973. The science of entomology. New York: MacMillan Publishing Co.

Synopsis

Master Science of Entomology, National University of Malaysia
(UKM,Bangi)

STPD6014 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini bertujuan memberi latar belakang dan teknik untuk menjalankan suatu penyelidikan. Prinsip penyelidikan: falsafah penyelidikan, pemikiran kritikal dan etika penyelidikan. Peranan penyelidik. Pengurusan penyelidikan: pengurusan masa dan perancangan penyelidikan. Peraturan dan perundangan: keselamatan, harta intelek. Pencarian maklumat. Reka bentuk eksperimen dan analisis data. Penyampaian hasil penyelidikan: penulisan kertas ilmiah dan tesis, penyebaran penyelidikan menerusi seminar, poster dan halaman sesawang. Perbincangan berkumpulan. Kaedah penyelidikan khusus dalam bidang masing-masing

References:

Bainbridge, D. 1998. Intellectual Property. Ed. Ke-3. London: Pitman.

Day, R.A., 1998. How to Write & Publish a Scientific Paper. Ed. Ke-5. Phoenix: Orxy Press.

Greenfield, T. 2001. Research Method for Postgraduates. Ed. Ke-2. London: An Arnold Publ.

Ismail Ahmad. 1996. Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Palya, W.L. 2000. Research Methods Lecture Notes. Ed. Ke-5. Jacksonville, Alabama: Jacksonville State University.

STAP6083 Kaedah Termaju Penilaian Kepelbagaian Biologi

Kursus ini akan memberikan asas dan kemahiran penilaian kepelbagaian biologi pada peringkat genetik, spesies dan ekosistem. Konsep parameter kepelbagaian biologi akan dibincangkan. Penilaian kepelbagaian genetik melibatkan perbincangan isu-isu kepentingan kepelbagaian genetik di dalam pemuliharaan dan kaedah penilaian menggunakan teknik termaju seperti eletroforesis isoenzim dan DNA. Penilaian kepelbagaian spesies dibuat dengan memperkenalkan indeks-indeks kepelbagaian yang selalu digunakan dan kelemahan dan kebaikan sesuatu indeks. Kepelbagaian ekosistem dibincangkan kaedah-kaedah terkini seperti GIS dan RS akan didedahkan kepada pelajar.

References:

Alaric-Sample, V. (pnyt.). 1994. Remote sensing and GIS in ecosystem management Washington, D.C.: Island Press.

Hoft, M., Barik, S.K. & Lykke, A.M. 1999. Qualitative ethnobotany: Applications of multivariate and statistical analyses in ethnobotany. Paris: UNESCO.

Jongman, R.H.G., ter Braak, C.J.F. & van Tongeren, O.F.R. 1995. Data Analysis in Community and Landscape Ecology. Cambridge: Cambridge University Press.

Krebs, C.J. 1999. Ecological Methodology, Ed. Ke-2. Menlo Park, CA: Addison-Welsey Educational Publishers, Inc.

Morain, S. (pnyt.). 1998. GIS solutions in natural resource management London: OnWord Press.

STAB6613 Sistematik Serangga

Kursus ini bermula dengan pengenalan ‘sistematik’, sejarah perkembangan dan aktiviti sistematik termasuk sistematik serangga tempatan. Pelajar akan didedahkan kepada usaha meningkatkan pengetahuan taksonomi seperti mempelajari prinsip-prinsip dalam sistematik yang melibatkan pengelompokan, pengelasan dan tatanama mengikut Kod Antarabangsa Tatanama Zoologi (ICZN). Pelajar juga didedahkan dengan bidang-bidang yang berkaitan seperti evolusi, ekologi, etologi, biogeografi dan sebagainya. Dalam menghayati aktiviti sistematik, tiga aspek utama akan diberikan penekanan iaitu ciri morfologi, reproduktif dan molekul (DNA). Pengenalan dan penggunaan perisian seperti PAUP untuk membina suatu filogeni turut diaplikasikan. Latihan penulisan manuskrip taksonomi dan pembinaan filogeni suatu kumpulan serangga terpilih merupakan tugasan dalam kursus ini.

References:

Borror, D.J., Triplehorn, C.A. & Johnson, N.F. 1989. An Introduction to the Study of Insects.Philadelphia: Saunders College Publishing.

Mayr, E. & P.D. Ashlock. 1991. Principles of Systematics Zoology, Ed. ke-2. New York: McGraw-Hill, Inc.

Romoser, W.S. & Stoffolano, J.G. 1998. The Science of Entomology. Boston: WCB McGraw-Hill.

Swofford. D.L. 1991. PAUP: Phylogenetic Analysis Using Parsimony. Version 3.1. Illinois: Illinois Natural History Survey.

Wiley, E.O. 1981. Phylogenetics: the theory and practice of phylogenetic systematics. New York: John Wiley & Sons, Inc.

STAB6623 Ekologi Serangga

Kursus ini membincangkan tabiat dan peranan serangga dalam perspektif ekologi. Aspek-aspek ekologi serangga yang meliputi pertumbuhan, kemandirian, pembiakan, peranan perumah, faktor biotik dan abiotik, adaptasi, variasi genetik, sistem hidup dan pola taburan dilihat secara lazim dan juga dalam perspektif gunaan mutakhir. Konsep serangga dalam ekosistem, kepelbagaian dan struktur trofik, peranan sebagai pengurai, pendebunga, vektor serta dinamik dan kawal-atur populasi serangga juga dibincangkan. Aspek kepelbagaian dan pemuliharaan juga akan dibincangkan dengan memberi contoh kepada serangga yang bernilai tinggi dari sudut ekologi, ekonomi, perubatan dan aestetika termasuk spesies-spesies yang dilindungi.

References:

Huffaker, C.L. & Gutierrez, A.P. 1999. Ecological Entomology. Ed. Ke-2. New York: John Wiley & Sons.

Price, P.W. 1997. Insect Ecology. Ed. Ke-3. New York: John Wiley & Sons.

Samways, M.J. 1994. Insect Conservation Biology. London: Chapman & Hall.

Showalter, T.D. 2000. Insect ecology: an ecosystems approach. London:Academic Press.

Speight, M.R. & Wylie, F.R.. 2001. Insect pests in Tropical Forestry. London:CABI Publishing.

STAB6632 Morfologi dan Anatomi Serangga

Kursus ini membincang berbagai struktur luar dan dalam tubuh serangga serta fungsinya dari segi morfologi, anatomi, histologi dan fisiologi. Penekanan diberikan kepada yang menjadi asas dalam taksonomi dan fisiologi.serangga. Kaitan antara stuktur tubuh dengan fungsinya juga dihuraikan bagi menerangkan keupayaan serangga bermandiri dan beradaptasi di berbagai habitat sehingga serangga berjaya menjadi kelompok haiwan yang paling berbagai dalam kelompok haiwan. Perbincangan bukan sahaja tertumpu kepada fungsi struktur fizikal tetapi mencakupi fungsi bahan kimia serangga yang berkaitan dengan kejayaan mengawan, membiak, berkomunikasi dan pertahanan diri. Aspek fungsian merangkumi berbagai aspek, termasuklah biologi, lakuan serta ekologi serangga.

References:

Chapman, R.F. 1999. The insects: Structure and Function. Ed. ke-4. London:Cambridge University Press.

Snodgrass, R.E. 1993. Principles of Insect Morphology. New York:Cornell University Press.

Gordh, G. & Headrick, D.H. 2000. A Dictionary of Entomology. London:CABI Internatinal.

McGavin, G.C. 2001. Essential Entomology: Order by Order Introduction. London:Oxford University Press.

Gullan, P.J. & Cranston, P.S.. 1999. The insects: An outline of entomology. London:Blackwell Science.

STAB6643 Pengurusan Serangga Perosak

Kursus ini akan membincangkan prinsip-prinsip pengurusan serangga perosak secara bersepadu (PPB). Komponen-komponen penting dalam mempastikan kejayaan PPB seperti asas biologi, ekologi dan kelakuan serangga perosak, faktor-faktor abiotik dan biotik, jenis kerosakan, tahap kerosakan ekonomi, pemantauan, pensampelan, strategi dan taktik pengawalan yang lebih mesra alam terutamanya menggunakan agen-agen kawalan biologi (pemangsa, parasitoid, pathogen dan racun mikrobila) akan dibincangkan. Konsep pengurusan secara talian terus dan pembangunan model, melaksana, menganalisis program PPB dalam suasana sosial, politik, persekitaran dan faktor ekonomi yang terbatas. Perbincangan juga akan menyentuh perundangan tentang pembikinan, penggunaan dan penjualan racun perosak serta aspek-aspek kuarantin serangga. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada sumbangan teknik-teknik bioteknologi kepada kemajuan PPB. Di akhir kursus pelajar-pelajar dikehendaki membangunkan sistem pengurusan secara bersepadu untuk tiga spesies serangga perosak utama yang terkini.

References:

Croft, B. A. 1990. Arthropod Biological Control Agents and Pesticides. London:John Wiley & Sons, Inc.

Dent, D. 2000. Insect Pest Management. Ed. ke-2. London:CABI Interl.

Marshall, G. & Walters, D. 1994. Molecular Biology in Crop Protection. London:Chapman & Hall.

Olkowski, W., Daar, S. & Olkowski, H. 1993. Common-Sense Pest Control. Newtown: The Taunton Press.

Tanada, Y. & Kaya, H. K. 1993. Insect Pathology. San Diego: Academic Press, Inc.

STAB 6653 Fisiologi Serangga

Kursus ini akan membincangkan jasad lemak dan metabolismenya, pemakanan, respirasi, sistem edaran darah, kejadian elektrik dalam sel serangga, otot dan pergerakan, perkumuhan (garam dan keseimbangan air), sistem-sistem deria, sistem endokrin dan hormon, sistem endokrin dan perkembangan, intergumen, bersalit kulit, sistem pembiakan, sistem eksokrin, dan fungsi fisiologi koordinasi (struktur otak dan integrasi). Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada pengetahuan dalam aspek-aspek molekul pembentukan kuning telor, pembentukan kitin, kerintangan serangga terhadap racun kimia dan juga mikrobial. Di akhir kursus pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan satu kertas kerja yang bertajuk berkaitan dengan bidang fisiologi serangga.

References:

Blum, M. S. 1985. Fundamentals of Insect Physiology. New York: John Wiley and Sons Inc.

Kerkut, G.A. & Gilbert, L. I. 1985. Comprehensive Insect Physiology, Biochemistry and Pharmacology, Vol. 1 – 12. New York:Pergamon Press, Oxford,.

Marshall, G. & Walters, D. 1994. Molecular Biology in Crop Protection. London: Chapman & Hall.

Nation, J. L. 2002. Insect Physiology and Biochemistry. Boca Raton: CRC Press.

Roush, R. T & Tabashnik, B. E. 1994. Pesticide Resistance in Arthropods. London: Chapman and Hall.

STAB6663 Entomologi Perubatan dan Bandar

Kursus ini akan membincangkan aspek pengenalan dan pengelasan semua serangga yang mempunyai berkepentingan kesihatan (manusia dan haiwan domestik serta ternakan), penyebab kerosakan struktur bangunan, dan juga serangga perosak makanan, bahan simpanan dan lain-lain hartabenda. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada aspek-aspek biologi, ekologi dan kelakuan, dan juga pendekatan pengawalan yang terkini (pengurusan secara bersepadu) terutamanya dengan menggunakan kaedah-kaedah atau startegi yang lebih mesra alam, mudah, murah dan diterima ramai. Di samping itu aspek perundangan dan dampak kaedah pengawalan dari segi ekonomi dan politik juga akan disentuh. Penumpuan yang lebih akan diberikan kepada serangga-serangga seperti nyamuk, lalat (termasuk juga Drosphila melanagaster), lipas, anai-anai, kutu, pijat dan pinjal. Lawatan-lawatan ke Pusat-pusat atau Institut Penyelidikan yang berkaitan akan dibuat bagi memberi peluang pelajar mengaitkan apa yang dipelajari dengan apa yang sedang dan akan dilakukan terhadap beberapa serangga berkepentingan kesihatan (perubatan) dan perosak struktur bangunan dan barangan di tempat kediaman/simpanan. Di akhir kursus setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu kertas kerja yang bertajuk (pilihan bebas) berkaitan dengan mana-mana serangga yang dibincangkan di dalam kursus ini.

References:

Eldridge, B. F. & Edman, J. D. 2000. Medical Entomology: a textbook on public health and veterinary problems caused by arthropods. Iowa:Kluwer Academic Publication.

Mike, W. 2000. Medical Entomology for Students Service. Ed. Ke-2. London:Cambridge University Press.

Maramorosch, K. & Mahmood, F. 1999. Maintenance of Human, Animal, and Plant Pathogen Vectors. New York:Science Publishers Inc.

Olkowski, W., Daar, S. & Olkowski, H. 1993. Common-Sense Pest Control. Newtown: The Taunton Press.

Walter, E. 1975. Urban Entomology. Los Angeles: University of California Publisher.

STAP6976 Projek Penyelidikan I

Kursus ini bertujuan melatih pelajar mengkaji satu bidang tertentu dalam mana-mana bidang entomologi yang diminati menerusi pembacaan dan kajian sendiri secara terarah. Pelajar dikehendaki menyediakan laporan imbauan tajuk penyelidikan yang dipilih, dan menyediakan satu cadangan penyelidikan untuk dijalankan dalam kursus STAP6986 Projek Penyelidikan II.

STAP6986 Projek Penyelidikan II

Pelajar mendapat pengalaman menjalankan penyelidikan ke atas satu tajuk yang diminati, di bawah bimbingan seorang pensyarah atau kumpulan penyelia. Penyelidikan dapat dijalankan secara eksperimen atau kerjalapangan. Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan ilmiah mengenai hasil penyelidikan itu dan mempertahankannya secara lisan. Penilaian bagi projek penyelidikan bergantung kepada bidang pengkhususan.


JOURNALS, BOOKS AND REFERENCES RELATED TO ENTOMOLOGY


Exhibition of Entomology at Lake of Chini,Pahang Malaysia


My first task as an exhibitor for National University of Malaysia (UKM). I was a representative for Center of Insect Systematic (CIS), UKM.



Exhibition Area-Entomology's site


There are two posters which had been exhibited during the exhibition. The first poster is Odonata and the second poster is Cicada.

http://www.flickr.com/photos/johari_jalinas/

PSS sebagai Pusat Kecemerlangan di UKM

Pusat Sistematik Serangga (PSS), Universiti Kebangsaan Malaysia adalah satu-satunya pusat seumpamanya yang terdapat di Asia Tenggara. Ia merupakan salah satu pusat kecemerlangan di UKM yang telah ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai menyahut Agenda 21, Deklarasi Rio 2002. Semenjak penubuhannya, PSS mempunyai koleksi serangga berjumlah lebih 250,000 spesimen termasuk lebih kurang 1000 spesimen tip yang mewakili 160 spesies. Bermula pada tahun 1996, PSS telah menerbitkan jurnalnya sendiri bernama “SERANGGA”, bertaraf antarabangsa dan dikhususkan kepada penerbitan hasil kajian dalam bidang sistematik dan kepelbagaian serangga dari seluruh dunia.


1. Pencapaian PSS

1.1 Pengajaran dan Pembelajaran

Ahli akademik/penyelidik:

a. Prof. Dr. Zaidi Mohd Isa

b. Prof. Dr. Idris Abd. Ghani

c. Dr Ng Yong Foo

d. Dr Wee Suk Ling

e. En. Azman Sulaiman (cuti belajar)

f. Puan Salmah Yaakop (cuti belajar)

g. Cik Izfa Riza Hazmi (cuti belajar)

h. Puan Nurul Wahida (cuti belajar)

i. En Johari Jalinas

Semuanya merupakan ahli akademik di Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi. Secara langsung dan tidak langsung, mereka terlibat dalam semua aktiviti PSS selain daripada aktiviti-aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan di PPSSSA, FST (pengajaran kursus-kursus dan penyeliaan projek penyelidikan pra-siswazah dan pasca-siswazah).

Seramai 2 orang pembantu makmal PPSSSA telah ditugaskan untuk sementara, membantu para penyelidik di PSS (kerana PSS belum mempunyai kakitangan tetap) dan secara tidak langsung mereka turut menjalankan kerja-kerja yang berkaitan di PSS seperti penyediaan pengajaran dan membantu kerja-kerja penyelidikan. Mereka ialah:

a. En. Ruslan bin Md. Yusop (Pembantu makmal)

b. En. Fauzi bin Muzammil (Pembantu makmal).

1.2 Penyelidikan

a. Bidang tujahan

Aktiviti penyelidikan di PSS adalah bertumpu kepada kajian kepelbagaian, sistematik dan ekologi serangga seperti kumbang Chrysomelid dan Lampyrid (kelip-kelip), tebuan Ichneumonid dan Braconid, lalat Phorid dan Muscid, Riang-riang (Cicada), Kupu-kupu dan Rama-rama, serta serangga lain secara umum. Kajian sistematik adalah secara konvensional berdasarkan ciri-ciri morfologi luar dan genitalia. Bagaimanapun, bermula tahun 2002, PSS telah mula mengorak langkah menggunakan kaedah molekul dalam sistematik serangga dengan kerjasama pensyarah FST dari bidang yang berkaitan iaitu Dr. Adura Adnan dan Dr. Badrul Munir.

b. Sumber Kewangan

Projek penyelidikan di PSS sebahagian besarnya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) – Gran IRPA, Gran jangka pendek UKM dan lain-lain institusi seperti berikut:

i. Japan Society for the Promotion of Science (JSPS),……….. (2003-2004).

ii. IRPA 09-02-02-0063-EA163. Kesan kepelbagaian tanaman pada Aphis gossypii dan musuh semulajadinya serta penyakit virus chili. (Jul 2002 – Jun 2005).

iii. IRPA 09-02-02-0041-EA137. Pengaruh jangkitan Nosema bombycis kepada kelakuan Plutella xylostella dan parasitoidnya, Diadegma semiclausum dan Cotesia plutella. (Jul 2002 – Jun 2005).

iv. IRPA 09-02-02-0018-EA073. Taxonomy, distribution and diversity of cicadas (Homoptera: Cicadidae & Tibicinidae) in Malaysia. (2002 - 2004).

v. IRPA 09-02-02-0017-EA072. Taxonomic diversity and phylogenetic study of Ichneumonidae subfamily of Malaysia. (Feb 2002 – Jan 2005).

vi. IRPA 09-02-02-0016-EA071. Peranan kelawar sebagai agen kawalan biologi kepada serangga perosak tanaman pertanian utama. (Feb 2002 – Jan 2005).

vii. UKM: XX-002-2002. Penaksiran dan pemantauan kepelbagaian biologi untuk pembangunan mampan eko-pelancongan di Pulau Langkawi, Malaysia. (2002 – 2003).

viii. UKM: ST-024-2002. A Study on abundance and diversity of selected insects and its potential as biological indicator of habitat disturbance. (Mei 2002 – April 2003).

ix. Malaysian Palm Oil Board (MPOB). Termite Infestation Problem and Control Approaches in Peat Soil Oil Palm Plantation of Peninsular Malaysia. (Jun 2001 - 2005).

x. Malaysian Palm Oil Board (MPOB). Developing a Rearing Method of Dolichogenidea metesae Nixon (Hymenoptera: Braconidae), a parasitoid of oil palm bagworm, Metisa plana Walker (Lepidoptera: Psychidae). (Jul 2001 – 2003).

xi. IRPA 09-02-02-0170. Differential Diversity of Ichneumonidae and Braconidae in various habitats of Malaysia. (Jun 2001 – Dec 2002).

xii. IRPA 09-02-02-0111. Morphological and genetic variation of Goryphus (Ichneumonidae: Cryptinae) species in Malaysia. (Jan 2000 – Dec 2001).

xiii. IRPA 09-02-02-0104. Chrysomelid beetle fauna from some off-shore Island in the coast of Peninsular Malaysia (1999 – 2001).

xiv. IRPA 09-02-02-0086. Systematic, bionomic and diversity of selected forest insect of aesthetic value and ecological importance (Aug 1999 – Feb 2001).

xv. CSIRO Australia. Pengurusan bersepadu mampan pada lalat putih sebagai serangga perosak dan pemindah penyakit virus tumbuhan di Asia. (Ogo 2000 – Dec 2002).

xvi. IRPA 08-02-02-0047. Skala Luas Kesihatan Ekosistem Lembangan Langat. (sub-tajuk: Kesan kehilangan habitat dan fragmentasi ke atas kepelbagaian dan kelimpahan haiwan di ekosistem Lembangan Langat. (2000 – 2002).

xvii. UKM: S/20/2000. Penyemakan riang-riang (Homoptera: Cicadidae) di Malaysia (Ogo 2000 – Jul 2002).

xviii. MARDI HR-05-08-01. Pengurusan bersepadu penyakit utama tanaman jenis Solanaceous. (1999 - 2001).

xix. IRPA 09-02-02-0038. Kesan Nosema bombycis pada rama-rama belakang intan, Plutella xylostella,dan parasitoidnya, Cotesia plutellae atau Diadegma semiclausum. (Sept 1998 – Ogos 2001).

xx. IRPA 09-02-02-0022. Kajian sistematik, kepelbagaian dan ekologi Ichneumonidae. (April 1997 – 2000).

xxi. The Third World Academy of Sciences (TWAS), RGA no. 96-044 RG/BIO/AS. Pembiakan, perkembangan, kelakuan dan kebolehan hidup Diadegma semiclausum pada larva rama-rama belakang intan terjangkit Nosema bombycis. (Apr 1997 – Okt 1998).

xxii. UKM – B/6/96. Kajiam kepelbagaian Hymenoptera di Hutan Simpan Kekal UKM dengan mengkhusus kepada Hymenoptera parasitika. Sept 1996 – Feb 1998).

xxiii. IRPA 01-02-04-0083. Biologi, ekologi dan kelakuan lelompat daun padi dan parasitoid-parasitoidnya. (Mar 1996 – Feb 1999).

xxiv. UKM – B/2/96. Fauna Parasitoid (Ichneumonoidea: Ichneumonidae dan Braconidae) di Hutan Simpan Kekal UKM. (Mar 1996 – Feb 1997).

xxv. IRPA 4-07-03-007. Kajian Faunal (sistematik dan ekologi) serangga hutan daripada aspek-aspek biodiversity (contoh: cicadas, kupu-kupu, ground beetles, leaf beetles, rama-rama dan nyamuk). (1990 – 1995).

xxvi. IRPA 08-02-02-003. Systematics, Biodiversity and ecology of selected rainforest insects (insects in general and/or selected groups, e.g. cicadas, butterflies, ground beetles, leaf beetles). (1996 – 2000).

c. Aktiviti penyelidikan

i. Pemerihalan spesies baru

Sejumlah 170 spesies serangga di Malaysia telah diperihalkan sebagai spesies baru kepad sains sehingga kini, hasil penyelidikan oleh para penyelidik PSS dan/atau dengan kerjasama penyelidik luar negara. Antaranya ialah 142 spesies kumbang Chrysomelid, 24 spesies riang-riang, 4 spesies tebuan Ichneumonid dan 3 spesies serangga ranting.

ii. Penemuan rekod baru untuk Malaysia

Sejumlah 58 spesies rekod baru bagi Malaysia telah dicatatkan sehingga kini, iaitu 42 spesies kumbang Chrysomelid, 13 spesies Ichneumonid dan 3 spesies riang-riang.

iii. Penerbitan

Berdasarkan maklumat hasil penyelidikan oleh para penyelidik dari PSS sejak tahun 1996, lebih daripada 300 artikel telah diterbitkan. Daripada jumlah tersebut, 160 diterbitkan dalam jurnal antarabangsa, 25 jurnal nasional, 15 bab dalam buku, 25 proseding antarabangsa, 25 proseding nasional, 30 proseding dalaman, 3 buku, lebih 40 abstrak persidangan dan 1 filem dokumentari. Antara Jurnal-jurnal yang terlibat adalah seperti “Serangga, Malayan Nature Journal, Journal of Biosciences, Tijdschrift voor Entomologie, Wroclaw dan Leiden Museum”.

iv. Pertukaran/peminjaman spesimen

Pertukaran spesimen dan peminjaman spesimen telah dan sedang dilakukan antara PSS dengan muzium-muzium dan/atau institusi di seluruh dunia. Antaranya ialah The Natural History Museum London, Bee Systematics and Biology Unit (London), National Natuurhistorisch Museum (Netherlands), Zoologisch Museum Amsterdam (Netherlands) Te Hokkaido University Museum (Japan), Zoologisches Museum (Berlin), Museum National d’Histoire Narurelle (Paris), Naturhistorisches Museum (Austria), Zoological Museum, and Department of Entomology, Universitetsparken (Denmark).

v. Menghadiri Persidangan/Seminar

Sejajar dengan aktiviti PSS yang aktif, para penyelidiknya juga melibatkan diri secara aktif dalam persidangan atau seminar sama ada yang bertaraf antarabangsa mahupun kebangsaan. Sejak 1996 hingga kini, lebih 100 artikel telah dibentangkan dalam persidangan atau seminar antaranya seperti berikut:

(a) National Conference on “Sustainable Management of Matang Mangroves- 100 years and beyond”. 5-8 Oct 2004, Ipoh, Perak.

(b) National Seminar on Protected Areas. 22-23 Sept 2004, Institute of Biological Diversity, Bukit Rengit, Lanchang, Pahang.

(c) Seminar penemuan hasil Ekspedisi saintifik Htan Simpan Gunung Stong, Kelantan. 22-24 April 2004. Kota Bahru, Kelantan.

(d) Seminar penemuan Ekspedisi saintifik Hutan Simpan Ulu Muda Kedah. 16-18 Feb. 2004. Tasik Banding Resort, Kedah.

(e) Seminar penemuan Ekspedisi Saintifik Langkawi Kedah. 19-21 Oktober 2003. Kuah, Langkawi.

(f) Simposium Biologi Gunaan ke-7. 3-4 Jun 2003. Seri Kembangan, Selangor.

(g) Seminar penemuan Ekspedisi Saintifik Taman Negeri Endau Rompin, Pahang. 5-6 Mei 2003. Kuantan, Pahang.

(h) The 5th International Conference of Hymenopterist, 22-26 July 2002, Beijing, China (antarabangsa).

(i) Seminar Kimia Bersama UKM-ITB Kelima, 16-17 Julai 2002, Melaka.

(j) The First Regional Symposium on Environment and Natural Resources, 10-11 April 2002, Kuala Lumpur, Malaysia (antarabangsa).

(k) Persidangan Kebangsaan P&P IPTA 2001. 25-26 Nov 2001, Kuala Lumpur.

(l) Seminar Penyelidikan Penunjuk Pembangunan Pampan di Universiti Kebangsaan Malaysia. 12-13 Nov 2001, UKM, Malaysia.

(m) The International Conference on Forestry and Forest Products Research, 1-3 Oct 2001, Kuala Lumpur, Malaysia (antarabangsa).

(n) The 4th Asia Pacific Conference of Entomology (4th APCE), 14-17 August 2001, Kuala Lumpur, Malaysia (antarabangsa).

(o) Simposium Penyelidikan Ekosistem Lembangan Langat (SPELL II), 5-6 June 2001, Kuala Lumpur, Malaysia.

(p) The Conference on Forestry & Forest Products (CFFPR) Series: Insect Diversity and Conservation in the tropics. 2-3 Oct 2000, Frim, Kuala Lumpur.

(q) Simposium Biologi Kebangsaan Ke-6. 18-19 Okt 2000, Kelab Rekreasi, UKM, Malaysia.

(r) The XXI International Union of Forest Research Organization (IUFRO): World Congress 2000. 7-12 Aug 2000, Kuala Lumpur, Malaysia.

(s) Seminar Pengurusan dan Kepelbagaian Biologi Taman Negeri Perlis. Jun 2000. Mata Ayer Resort, Kangar, Perlis

(t) The 3rd National Seminar on Entomology. 6-7 May 1999. Kangar, Perlis, Malaysia.

(u) One-day Seminar on Entomology. 26 March 1999, Centre for Insect Systematics, UKM, Malaysia.

(v) The 5th Symposium of Applied Biology: Natural Resources and Fodd Security, Challenges to Applied Biologists, 5-6 May 1998, Malaysia.

(w) Seminar Pengurusan Hutan Simpan Kekal Universiti Kebangsaan Malaysia, 28-29 Okt 1997, UKM, Malaysia.

vi. Ekspedisi Saintifik

PSS terlibat secara aktif dalam usaha mendokumentasikan kepelbagaian biologi negara melalui beberapa siri ekspedisi saintifik diseluruh negara bermula pada september 1999. Tumpuan kajian adalah mengenai kepelbagaian riang-riang, kupu-kupu, rama-rama, hymenoptera parasitoid, kumbang kelip-kelip dan serangga lantai hutan. Sehingga kini, 19 ekspedisi saintifik telah diikuti iaitu:

(a) Ekspedisi saintifik Taman Negeri Perlis pertama, Wang Kelian (Tasik Meranti). Sept. 1999. Anjuran J. Perhutanan N. Perlis, UKM & UPM.

(b) Ekspedisi saintifik Taman Negeri Perlis ke-2, Wang Tangga & Wang Mu. Okt. 2000. Anjuran J. Perhutanan N. Perlis, UKM & UPM.

(c) Ekspedisi saintifik Taman Negeri Perlis ke-3, Wang Burma. Okt 2001. Anjuran J. Perhutanan N. Perlis, UKM & UPM.

(d) Ekspedisi saintifik Taman Negara Endau Rompin Johor. April – Oktober 2002. Anjuran Perbadanan Taman Negara Johor.

(e) Ekspedisi saintifik Taman Negeri Endau Rompin Pahang. 16-21 Jun 2002. Anjuran J. Perhutanan N. Pahang, J. Perhutanan Sem. Malaysia, UKM & UPM.

(f) Ekspedisi saintifik Banjaran Crocker, Sabah. 4 – 12 Sept. 2002. Anjuran Sabah Parks, ITBC-UMS & JAICA.

(g) Ekspedisi saintifik Taman Negeri Perlis ke-4, Bukit Rongkit. 7-10 Okt 2002. Anjuran J. Perhutanan N. Perlis, UKM & UPM.

(h) Ekspedisi Saintifik Hutan Paya Laut Matang, Perak. 20 – 25 Oktober 2002. Anjuran J. Perhutanan N. Perak, J. Perhutanan Sem. Malaysia, UKM & UPM.

(i) Ekspedisi saintifik Hutan Simpan Ulu Muda (kem Lasor), Kedah. 23-29 Mac 2003. Anjuran J. Perhutanan N. Kedah, J. Perhutanan Sem. Malaysia, UKM & UPM.

(j) Ekspedisi saintifik dan warisan Langkawi. 10-19 April 2003. Anjuran Malaysian Nature Society, LADA & Mutiara Beach resort Langkawi.

(k) Ekspedisi saintifik Lembah Danum, Sabah. 23 – 29 April 2003. Anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan, UKM.

(l) Ekspedisi saintifik Gunung Stong, Kelantan. 20 – 26 Mei 2003. Anjuran J. Perhutanan N. Kelantan, J. Perhutanan Sem. Malaysia, UKM & UPM.

(m) Ekspedisi saintifik Taman negeri Diraja Belum, Perak. 26 Jun – 1 Julai 2003. Anjuran J. Perhutanan N. Perak, J. Perhutanan Sem. Malaysia, UKM & UPM.

(n) Ekspedisi saintifik Banjaran Crocker (Melalap sector), Sabah. 16-24 Jan 2004. Anjuran ITBC-UMS, Sabah Parks & JAICA.

(o) Ekspedisi saintifik Ma’ Daerah, Bukit Labohan, Jerteh, Terengganu. 27 April – 2 Mei 2004. Anjuran WWF Malaysia.

(p) Ekspedisi saintifik Hutan Paya Bakau Kilim, Langkawi. 11 – 17 Mei 2004. Anjuran LESTARI UKM.

(q) Ekspedisi saintifik Tasik Chini Pahang. 21 – 29 Mei 2004. Anjuran PPSSSA, FST UKM, J. Perhutanan N. Pahang & Parlimen Pekan Pahang.

(r) Ekapedisi Saintifik Gunung Mandi Angin, Terengganu. 16-21 Jun 2004. Anjuran J. Perhutanan N. Terengganu, J. Perhutanan Sem. Malaysia, UKM & UPM.

(s) Ekspedisi saintifik Taman Rimba Kenong, Pahang. 16 – 21 Ogos 2004. Anjuran J. Perhutanan N. Pahang, J. Perhutanan Sem. Malaysia & UKM.

Hasil daripada ekspedisi ini, beberapa spesies baru riang-riang dan Ichneumonid parasitoid telah dapat dikenal pasti selain daripada penemuan rekod baru bagi Malaysia. Kajian bionomik kelip-kelip juga telah dilakukan bagi kawasan Hutan Simpan Paya laut Matang yang mempunyai potensi besar bagi industri pelancongan khususnya bagi negeri Perak.

d. Penerbitan

i. Jurnal SERANGGA

Bermula pada tahun 1996, PSS telah menerbitkan Jurnal unggulnya iaitu “SERANGGA” yang diterbitkan 2 kali setahun. Sehingga kini, sejumlah 7 jilid telah diterbitkan dengan pembiayaan sendiri. Artikel-artikel yang terkandung dalam SERANGGA adalah yang berkaitan dengan kepelbagaian, dan sistematik serangga dari seluruh dunia. Para penyelidik dari luar negara turut aktif menyumbangkan artikel yang berkaitan. Lebih kurang 50% artikel yang dimuatkan dalam SERANGGA sehingga kini adalah hasil penyelidikan oleh para penyelidik dalam dan luar negara yang berkait secara langsung dengan PSS.

ii. Program pertukaran Jurnal

Sehingga kini, PSS telah dan sedang bertukar-tukar jurnal dwi-tahunan dengan 30 jurnal-jurnal sistematik lain dari seluruh dunia antaranya ialah:

· Systematics and Biodiversity,

The Natural History Museum, London, UK.

· Insecta Matsumurana,

Journal of The Faculty of Agriculture, Hokkaido University.

· Insecta Koreana,

Journal of Centre for Insect Systematics, Korea.

· Tijdschrift voor Entomologie.

Netherlands Journal of Entomology by the Netherlads Entomological Society.

· Journal of Hymenoptera Research

International Society of Hymenopterists, Smithsonian Institute.

e. Koleksi Spesimen

Aktiviti menambahkan koleksi serangga di PSS dilakukan dari semasa ke semasa melalui siri pensampelan berterusan pada lokaliti tertentu. Anggaran sejumlah lebih 350,000 spesimen serangga tersimpan dalam repositori PSS, hasil daripada pensampelan oleh kakitangan dan pelajar UKM. Terdapat juga spesimen yang disumbangkan oleh Institusi/individu dari dalam dan luar negara. Daripada jumlah tersebut, hampir 100,000 spesimen adalah dari order Coleoptera; Braconidae dan Ichneumonidae, 20,000; Cicada, 5000; Orthoptera, 5000; Hymenoptera selain Braconidae dan Ichneumonidae, 10,000; Phasmida, 500; Lepidoptera, 10,000 dan lain-lain. Hasil daripada kajian sistematik yang giat dijalankan, PSS kini mempunyai 152 spesimen holotip iaitu 140, 7 & 5 masing-masing bagi kumbang Chrysomelid, Cicada dan Ichneumonid. Terdapat lebih 1000 spesimen tip (selain holotip) yang mewakili lebih 160 spesies serangga juga tersimpan dalam repositori PSS.

1.3 Program pertukaran pelajar

Program ini telah dijalankan pada tahun 2001, antara PSS, UKM dan “Institute for Systematics and Population Biology (Zoological Museum), University of Amsterdam, The Netherlands (UvA)” khusus untuk pelajar yang sedang mengikuti program pengajian peringkat Sarjana Sains; ditaja sepenuhnya oleh “Netherlands Organization for International Coorperation in Higher Education (NUFFIC)” melalui “Fellowships from Jan Tinbergen Schorships Programme (TSP)”. Nama pelajar, tarikh program dan penyelia yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Salmah binti Yaakob (PSS), Apr – Nov 2001, Dr. Hans Duffels.

ii. Marieke Schouten (UvA), Mar – Okt 2001, Prof. Dr. Zaidi Mohd Isa.

Melalui program sebegini, pelajar yang terlibat dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang dipelajari. Selain itu, PSS dan UvA dapat berkongsi maklumat dan hasil penyelidikan selain untuk meningkatkan aktiviti hubungan dua hala yang telah terjalin sebelumnya.

1.4 Khidmat Masyarakat

a. Khidmat pengecaman dan penamaan spesies

i. Pengecaman riang-riang (Homoptera: Cicadoidea)

Melalui khidmat dan kepakaran Prof Dr. Zaidi Mohd Isa, En. Azman Sulaiman dan En Ruslan Yusop, koleksi riang-riang yang tersimpan dalam repositori diseluruh Negara dan Singapura telah dicamkan dari semasa ke semasa antaranya ialah:

· Unit Entomologi, Taman-taman Sabah.

· Unit Entomologi, Institut Penyelidikan Perhutanan Sepilok, Sabah.

· Institut Biologi Tropika dan Konservasi, UMS.

· Universiti Malaysia Sarawak.

· Institut Sains Biologi, UM.

· Unit Entomologi, FRIM Kepong.

· Unit Entomologi, Institut Penyelidikan Perhutanan, Kuching Sarawak.

· Jabatan Pertanian, Kuala Lumpur.

· Muzium Negara Malaysia.

· Raffels Museum, National University of Singapore.

ii. Pengecaman kumbang Galerucinae (Coleoptera)

Melalui khidmat dan kepakaran Prof. Mohammed Salleh Mohammed Said, koleksi kumbang Galerucinae dalam 3 repositori di Malaysia telah dicamkan iaitu:

· Unit Entomologi, Taman-taman Sabah.

· Unit Entomologi, Institut Penyelidikan Perhutanan Sepilok, Sabah.

· Unit Entomologi, Institut Penyelidikan Perhutanan, Kuching Sarawak.

iii. Pengecaman serangga

· Melalui khidmat dan kepakaran semua penyelidik dan kakitangan sokongan yang terlibat, pihak PSS menyediakan perkhidmatan pengecaman koleksi serangga yang tersimpan dalam institusi/ universiti seperti berikut:

· Perbadanan Taman Negara Johor.

· Universiti Pendidikan Sultan Idris.

b. Pameran Serangga

PSS terlibat secara aktif dalam aktiviti pameran sebagai usaha memperkenalkan kepelbagaian dan keunikan serangga serta nilai-nilai aestetikanya kepada masyarakat umum khususnya kepada golongan pelajar untuk menarik minat generasi muda ke arah mencintai alam semulajadi. Antara lokasi pameran yang pernah diikuti ialah:

i. Pameran sempena Pusat Sains Negara di Desa. Julai 2004. Pulau Pinang.

ii. Pameran sempena Pusat Sains Negara di Desa. 1-5 Mei 2004. Tenom, Sabah.

iii. Pameran sempena Pusat Sains Negara di Desa. April 2004. Kota Samarahan, Sarawak.

iv. Pameran sempena Pusat Sains Negara di Desa. 15-20 Ogos 2003, Sanglang, Perlis.

v. Pameran sempena Pusat Sains Negara di Desa. 16-21 Julai 2003. Tangkak, Johor.

vi. Pameran sempena Perasmian Taman Negara Johor. 20 Ogos 2002. Taman Negara Endau Rompin, Selai, Labis, Johor.

vii. Pameran di Paya Indah Wetland. 2002.

viii. Pameran Serangga sempena “The 3rd National Seminar on Entomology. 6-7 May 1999. Kangar, Perlis, Malaysia”.

ix. Pameran di Pusat Sains Negara. Jun 1998. Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

x. Pameran Pesta Konvo UKM. (setiap tahun).

c. Penganjuran Kursus

PSS sentiasa bersedia (bila diperlukan) untuk memberikan latihan dan tunjuk ajar mengenai kaedah pengendalian spesimen serangga yang melibatkan aspek pengumpulan spesimen, pengawetan, pengecaman dan penyimpanan melalui kursus yang dianjurkan seperti berikut:

i. Kursus Pengawetan Haiwan di UKM. 21-30 Okt 2002. Untuk kakitangan Jabatan PERHILITAN.

ii. Kursus kaedah pengumpulan dan pengawetan serangga. Oktober 1998. Untuk penyelidik di Malaysian Nature Society.

d. Aktiviti bersama pelajar

PSS melalui kepakaran dan pengalaman para penyelidiknya, turut terlibat secara langsung dengan aktiviti ko-kurikulum pelajar, khususnya pelajar UKM, anjuran Pusat Pembangunan Mahasiswa (PPM), UKM. Melalui penglibatan sebegini, PSS dapat membantu PMM dalam usaha menerapkan ilmu dan minat pelajar aliran bukan sains mengenai alam semulajadi, kepelbagaian biologi dan kepentingannya. Antara program yang telah di diikuti ialah:

i. Pemudahcara, Ekspedisi biodiversity di Taman Negeri Perlis bagi pelajar dari Kolej UEM, Taman Negeri Perlis, 20-24 Julai 2004.

ii. Penasihat, Ekspedisi Kembara Lubuk Tapah, Taman Negara Endau Rompin, Johor bagi Rakan muda dan Pencinta Alam (HEP, UKM), 3-11 Mei 2002.

iii. Penasihat, Ekspedisi Kembara Taman Negara Endau Rompin, Johor bagi Rakan muda dan Pencinta Alam (HEP, UKM), Oktober 2000.

iv. Penasihat, Ekspedisi Kembara Wang Burma, Perlis bagi Rakan muda dan Pencinta Alam (HEP, UKM), 11-14 Mac 2000.

2. Halatuju PSS

PSS adalah satu-satunya pusat seumpamanya bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara yang mempunyai koleksi terbesar dari aspek bilangan spesimen dan spesies riang-riang, kumbang Chrysomelid, tebuan Ichneumonid dan Braconid, dan kupu-kupu. Ramai penyelidik dan pelajar dari dalam dan luar negara telah menggunakan PSS sebagai rujukan utama dalam kajian sistematik terutamanya bagi serangga riang-riang, kumbang Chrysomelid dan serangga ranting. Mereka juga merupakan antara penyumbang utama artikel dalam jurnal SERANGGA yang diterbitkan 2 kali setahun.

Sebagai salah sebuah Pusat Kecemerlangan di FST UKM, PSS perlu meneruskan semua aktiviti dan kecemerlangan yang telah di capai seperti yang dinyatakan dalam para 1.1, 1.2, 1.3 dan 1.4 di atas serta menambahbaikkannya. Demi mencapai hasrat ini, PSS perlu mengatasi pelbagai masalah dan kekangan yang timbul sama ada yang baru ataupun yang telah sekian lama di hadapi.

2.1 Menambahkan kakitangan

Sejajar dengan imej UKM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan yang ulung di Malaysia dan PSS sebagai salah sebuah Pusat Kecemerlangan, masalah kekurangan kakitangan di PSS perlu di atasi dengan kadar segera.

i. Secara rasminya, PSS hanya mempunyai seorang kakitangan yang dilantik iaitu Penyelaras PSS merangkap Kurator. Semua kakitangan yang disenaraikan dalam perenggan 1.1 adalah kakitangan PPSSSA yang kebetulan menjalankan kajian dan kerja-kerja berkaitan dengan entomologi.

ii. Sebagai sebuah Pusat, PSS sepatutnya mempunyai penyelidik/ahli akademik sekurang-kurangnya 5 orang pada satu-satu masa untuk menampung keperluan penyelidikan dan pengajaran kerana mulai sesi 2004/2005, PPSSSA telah menawarkan Program Pengajian Sarjana Entomologi.

iii. PSS mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang Kurator tetap yang bertanggung jawab penuh ke atas penjagaan dan penyelenggaraan semua spesimen, melakukan pengkatalogan, mengemaskini inventori, menyelia homepage PSS dan terlibat secara aktif dalam penyelidikan.

iv. PSS perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang Pembantu Penyelidik (lelaki) yang akan membantu para penyelidik, kurator dan pelajar, menjalankan kerja-kerja penyelidikan di lapangan dan di makmal seperti pensampelan dan pengawetan serta penyelenggaraan spesimen

v. PSS perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang kakitangan sokongan yang akan menjalankan kerja-kerja perkeranian untuk pengkatalogan, mengawasi urusan keluar-masuk spsesimen, urusan surat-menyurat dan lain-lain.

2.2 Penambahan Ruang dan Prasarana

Pertambahan pelajar dari semasa ke semasa telah menyebabkan berlakunya kekangan ruang di PSS. Sehingga tahun 2001, PSS masih mampu menampung pertambahan bilangan pelajar walaupun kurang selesa iaitu pelajar kursus STAB2213-Entomoligi antara 25-30 pelajar setiap sesi, pelajar tahun kepujian 10-15 pelajar per semester dan pelajar Sarjana dan PhD antara 5-6 pelajar per sesi.

Namum begitu, bermula pada sesi 2002/2003, bilangan pelajar telah meningkat. Pada sesi ini (2004/2005), PSS terpaksa menyediakan ruang bagi kegunaan pelajar kursus STAB2213 (81 pelajar) melakukan kerja-kerja pengawetan serangga di bilik 2122; pelajar tahun kepujian (17 pelajar) melakukan kerja-kerja pengasingan dan pengawetan spesimen (juga di bilik 2122); pelajar Sarjana dan PhD (17 orang) melakukan persediaan, ujikaji, pengasingan dan pengawetan spesimen (di bilik 2122 & 2125). Pertambahan bilangan pelajar yang melebihi dua kali ganda berbanding sesi 2001/2002 menyebabkan ketidakcukupan ruang untuk mereka melakukan kerja-kerja yang berkaitan dalam kajiannya. Atas dasar ini, pertambahan ruang adalah sangat diperlukan walaupun PSS menyedari secara logiknya sudah tiada ruan lagi di Bangunan Biologi. Bagi mengatasi hasrat ini, adalah sangat baik dan menjadi harapan utama sekiranya hasrat FST dan UKM untuk menubuhkan Muzium Sejarah Semulajadi atau seumpamanya menjadi kenyataan.

i. Ruang dan prasarana sekarang

Sehingga kini, PSS hanya mempunyai ruang boleh-guna di Paras 2, Bangunan Biologi yang melibatkan Bilik 2122, 2123, 2125, 2126 dan 2114 (Rajah 1). Setiap ruang menempatkan peralatan dan prasarana seperti yang dihuraikan di bawah.

Bilik 2126

» 21 x 30’

Bilik 2125

» 21 x 27’

RP

Bilik 2122

» 21 x 36’





2123



Ruang koridor


Bilik 2114

» 20 x 14’

Bilik Profesor, Prof. Madya, Pensyarah & Pejabat



















Rajah 1. Lakaran menunjukkan kedudukan dan saiz ruang sedia ada bagi PSS

Bilik 2122:

  • Berukuran lebih kurang 21 x 36 kaki.
  • Terdapat 3 meja makmal berukuran 4 X 10’
  • Menempatkan 8 oven, 5 peti sejuk, 10 kabinet serangga (10 laci/kabinet), bilik wasap dan shover kabinet alat kaca, 1 kabinet besi, 20 mikroskop stereo dan 10 stereoskop.
  • Merupakan makmal pelbagai-guna PSS (bagi kegunaan pelajar kursus STAB2213 (81 pelajar) melakukan kerja-kerja pengawetan serangga; pelajar tahun kepujian (17 orang) melakukan kerja-kerja pengasingan dan pengawetan spesimen; pelajar sarjana dan PhD (17 orang) melakukan persediaan, ujikaji, pengasingan dan pengawetan spesimen (maklumat bagi sesi 2004/2005).

Bilik 2123 & RP

  • Berukuran lebih kurang 8 x 8 kaki.
  • Tidak mempunyai tingkap dan salur udara.
  • Sangat kecil untuk menempatkan 3 orang kakitangan sokongan (pembantu makmal termasuk seorang pembantu makmal kanan).
  • Menempatkan peralatan kecil yang mudah rosak dan hilang jika tidak dijaga dengan sebaik-baiknya.
  • Terdapat 1 meja pembantu makmal dan 2 kabinet besi.
  • RP (ruang persediaan), juga bersaiz 8 x 8 kaki, sangat kecil sebagai ruang untuk menyediakan keperluan amali, juga sebagai tempat menyimpan spesimen yang diawet basah dan slaid.

Bilik 2125

  • Berukuran lebih kurang 21 x 27 kaki.
  • Menempatkan 18 kabinet serangga (12 laci/kabinet), 56 kabinet serangga (10 laci/kabinet), 8 meja berukuran 4 x 2.5’ untuk kegunaan pelajar kepujian melakukan kerja-kerja analisis data dan penulisan, dan 3 almari besi berukuran 3 x 1.5 x 6 kaki setiap satu.

Bilik 2126

  • Berukuran lebih kurang 21 x 30 kaki.
  • Menempatkan 56 kabinet serangga (10 laci/kabinet), 10 kabinet serangga (5 laci/kabinet), 7 meja berukuran 4 x 2.5 kaki untuk kegunaan pelajar siswazah, felo post-doktoral, penyelidik dan pembantu penyelidik PSS melakukan kerja-kerja analisis, 10 rak buku tidak berpintu untuk meletak/pamer buku rujukan, jurnal dan/atau makalah terbitan berkala sebagai rujukan umum.
  • Menempatkan 3 komputer (desk top) untuk kegunaan pelajar siswazah, penyelidik dan pembantu penyelidik.

Bilik 2114

  • Berukuran 14 x 20 kaki.
  • Menempatkan 20 kabinet serangga (10 laci/kabinet) sebagai tempat simppanan khas koleksi spesimen tip (holotip dan paratip); 3 rak buku tidak berpintu bagi menyimpan bahan rujukan khas; 2 komputer yang disambungkan dengan Image Analyzer dan 2 kamera lucida.

ii. Penambahan ruang yang diperlukan

Cadangan penubuhan Muzium Sejarah Semulajadi atau seumpamanya di UKM adalah sandaran utama PSS untuk mendapatkan penambahan yang diperlukan. Berikut disenaraikan ruang-ruang yang dipohon untuk meningkatkan kualiti, imej dan keselesaan bagi penyelidik dan pelajar menjalankan aktiviti penyelidikannya di PSS:

a. 1 unit Bilik Koleksi Serangga berukuran sekurang-kurangnya 80 x 25’; dilegkapi kabinet serangga berjenama KONGO (buatan Jepun) yang kedap udara dan kelembapan, dinding bilik dipasang dengan silicon pad, pendingin udara bersuhu 18-20ยบ C (24 jam), Dehumidifier, untuk mengawal kelembapan bilik pada paras <50%>

b. 1 unit Bilik Koleksi Spesimen Tip berukuran 30 x 25’; dilegkapi dengan kelengkapan seperti di Bilik Koleksi Serangga.

c. I unit Makmal Penyelidikan Siswazah.

d. 1 unit Makmal Penyelidikan Pra-Siswazah.

e. 1 unit Makmal Pengajaran 1.

f. 1 unit Makmal Pengajaran 2, dilengkapi dengan alat-alat radas.

g. 1 unit Makmal Pembiakan serangga.

h. 1 unit Makmal Penyediakan.

i. 1 unit Bilik Microskop Images Analyzer dan Kamera Lucida yang dilebgkapi dengan Dehumidifier untuk mengelakkan jangkitan kulat.

j. 1 unit Bilik Kuliah.

k. 1 Unit Bilik Sumber dan Bilik IT.

l. 1 unit Bilik Siswazah bagi menempatkan pelajar-pelajar siswazah.

m. 1 unit Bilik Pengarah/ketua.

n. 3 unit Bilik Profesor.

o. 4 unit Bilik Pensyarah/ pensyarah pelawat/ felo pelawat/ penyelidik Pos-Doktoral.

p. 1 unit Bilik Kakitangan Sokongan.

q. 1 unit ruang Pejabat dan ruang Pameran.

r. 1 unit Stor penyimpanan peralatan kerjalapangan.

s. 1 unit Bilik Patologi Serangga

iii. Peralatan sangat perlu (segera)

a. Dry Air-Condition

Sejumlah 7 unit Dry Air-Condotion berkuas 2hp setiap satu telah dipohon setiap tahun sejak lebih 4 tahun lalu tetapi sehingga kini, permohonan tersebut tidak pernah mendapat perhatian dan tidak pernah diluluskan. Semua makmal di Pusat Sistematik Serangga (PSS) menggunakan penghawa dingin berpusat yang berkelembapan tinggi. Kini, lebih 70% spesimen serangga (termasuk type specimen) mengalami jangkitan kulat yang menyebabkan kerosakan dan jika tidak diatasi segera, akan membawa kepada kemusnahan. Kelembapan tinggi juga menyebabkan kerosakan pada peralatan seperti mikroskop, kamera dan binokular akibat jangkitan kulat pada kanta. Tanpa diduga, sekarang ini, sebahagian besar ruang (siling, dinding, permukaan kabinet, laci dan sebagainya) juga telah dijangkiti kulat.

Jangkitan kulat pada spesimen dan peralatan tidak mampu dibendung kerana penjagaannya memerlukan tenaga kerja yang amat tinggi dari segi masa kerana bilangan spesimen yang sangat banyak. Tambahan pula, PSS memang ketiadaan kakitangan untuk menguruskan masalah sebegini sejak ianya ditubuhkan. Penyelenggaraan sebahagian kecil spesimen dan ruang makmal yang dilakukan sebelum ini adalah belas ikhsan pembantu makmal terlibat jika mereka mempunyai waktu yang terluang.

b. Kabinet serangga untuk spesimen tip

Penyelidikan sistematik serangga di PSS yang sangat aktif dan penemuan banyak spesies baru kepada sains dari semasa ke semasa menghasilkan banyak spesimen tip yang memerlukan tempat penyimpanan khas dan penjagaan yang rapi. Kabinet untuk simpanan spesimen tip yang sedia ada telah penuh. Kini, 30 % daripada spesimen tip masih disimpan bersama spesimen koleksi am. Fenomena ini mesti diatasi segera kerana spesimen tip yang sangat tinggi nilainya kajian sistematik semestinya mempunyai keistimewaan dan di simpan dalam tempat yang khas.

c. Peralatan untuk pengajaran dan penyelidikan

Mikroskop Kompaun (Compound Microscope)

Mikroskop Stereo (Stereo Microscope)

Drawing tube

Oven

Generator

Teropong (Binocular)

Dehumidifier

Data Logger

Dry Cabinet.

Pertambahan bilangan pelajar (kursus STAB2213, sejak sesi 2003-2004), pelajar Kursus STAB3992 & 3994, pelajar MSc & PhD; dan permulaan Program MSc Entomologi (sesi 2004-05) menyebabkan PSS kekurangan peralatan yang berkaitan bagi pengajaran dan penyelidikan (untuk pelajar tahun kepujian, MSc dan PhD), menjalankan kerja-kerja di makmal dan di lapangan. Semua peralatan yang disenaraikan di atas adalah sangat diperlukan. Kekurangan/ ketiadaan peralatan tersebut menyebabkan kajian tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan/atau sering tergendala. Berlaku juga persaingan penggunaan alat yang sedia ada dengan pelajar-pelajar program lain dalam PPSSSA. Ada antaranya yang telah rosak, memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

d. Kos Penerbitan Jurnal Serangga penghantaran ke Institusi/ Muzium luar negara untuk pertukaran Jurnal

Sebelum ini, pembiayaan kos penerbitan Jurnal SERANGGA dan penghantarannya ke luar Negara untuk program pertukaran jurnal dari tahun 1996 hingga 2002 adalah menggunakan gran penyelidikan dari para penyelidik di PSS. Kos penerbitan dan penghantaran berjumlah antara RM 11,000.00 – 12,000.00 setiap tahun (2 kali) ini amat membebankan kerana kos percetakan yang semakin meningkat dan peruntukan gran penyelidikan yang berkurangan. Berkemungkinan, jurnal SERANGGA yang kini telah terkenal diseluruh dunia dikalangan penyelidik sistematik serangga, terpaksa dihentikan penerbitannya jika pihak penyelidik terlibat di PSS tidak lagi mampu untuk menampung kos penerbitannya. Adalah diharapkan, UKM melalui FST atau PPSSSA dapat membiayai kos penerbitan Jurnal SERANGGA bagi menjamin kesinambungan penerbitannya.

2.3 Meningkatkan Aktiviti Penyelidikan

PSS melalui kerjasama penyelidik dari dalam dan luar negara, merancang untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan sistematik serangga yang mencakupi lebih banyak kumpulan serangga, selain daripada kajian yang telah dan sedang dijalankan sekarang. Hasrat ini boleh dicapai melalui:

i. Memperluaskan kerjasama dengan pensyarah/penyelidik di UKM dari pelbagai bidang seperti Kimia, Bioteknologi, Genetik, Sains komputer dan sebagainya, yang berkaitan dengan bidang Sistematik dan Taksonomi.

ii. Menyediakan peluang kepada penyelidik Pos-Doktoral dari dalam dan luar Negara untuk menjalankan kajian di PSS-UKM.

iii. Menambahkan jalinan kerjasana dengan penyelidik luar terutamanya dari Eropah dan Jepun selain daripada yang sedia ada.

iv. Menambahkan Penyelidik/pensyarah entomologi di UKM.

v. Mendapatkan peruntukan kewangan yang lebih banyak untuk menjayakan kajian yang melibatkan kos yang tinggi seperti penggunaan DNA dalam Sistematik Serangga.

3.0 Penutup

Adalah menjadi harapan PSS agar segala permasaalahan yang di hadapi sehingga kini dapat di atasi terutamanya masalah kekurangan kakitangan dan kepadatan ruang. Mutu dan imej kecemerlangan yang telah di capai sehingga kini perlu dikekalkan dan seterusnya perlu di tingkatkan agar PSS, satu-satunya pusat seumpamanya yang ada di Asia Tenggara ini akan terus menjadi rujukan utama para penyelidik serangga khususnya bagi kawasan Asia Tenggara dan seluruh dunia amnya. Adalah menjadi satu kebanggaan bagi UKM jika PSS yang telah mencapai usia 15 tahun penubuhannya menjadi tumpuan utama para penyelidik serangga dari seluruh dunia. Serangga walaupun saiznya kecil, ia adalah penyumbang utama kepelbagaian biologi dunia. Begitulah juga dengan PSS-UKM.